Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

  • PDF


Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan UTHM.

Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan(FPTPK) telah ditubuhkan pada 20 Jun 2001. Ia adalah sebagai memenuhi aspirasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menerajui aplikasi sains dan teknologi serta melahirkan ahli professional dan teknologi yang berdaya saing yang dapat memenuhi kehendak industri.

Terdapat empat (4) Jabatan di FPTPK iaitu:-

1. Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT).

2. Jabatan Pengurusan Pengeluaran & Operasi (JPPO)

3. Jabatan Pengurusan Harta Tanah (JPHT)

4. Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP)

Keempat-empat buah jabatan ini berperanan untuk melaksanakan program bagi peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).Jabatan-jabatan ini komited dalam menyediakan serta menyusun kurikulum yang mantap bagi program-program yang ditawarkan. Ia bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan bagi menghadapi cabaran serta perubahan teknologi dalam persekitaran perniagaan global.

Objektif Fakulti ini adalah:-

1. Menawarkan program yang dapat memenuhi kehendak sektor awam dan juga swasta.

2. Menjadi pusat kecemerlangan, rujukan, kajian dan juga perundingan dalam bidang Pengurusan Teknologi unggul di rantau ini.

3. Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dilengkapi kemudahan terkini serta staf akademik yang dinamik.

You are here:
HakCipta Terpelihara © 2009
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan & Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia